BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 12 Jun 2011

♥ Bingka Ubi dari dapur Al-Haya B4-5 ♥



Thanks kak liza... lega rasa rindu kat mak.. sedap sgt.. :)

♥ Resepi Mee Kuning ♥



Bahan-bahan ( 1 kilo ) Resepi asal oleh umi_e @ myresipi.com

  • 500 gm tepung
  • 200 ml air
  • satu sudu air abu atau air kapur
  • sedikit pewarna kuning
  • minyak secukupnya
  • garam secukupnya
  • air untuk merebus

Cara-cara

  1. campurkan air abu ke dalam air dan letakkan sedikit pewarna kuning dan secukup garam dan kacau sehingga sebati. Kemudian tuangkan ke dalam tepung yang telang diletakkan dalam mangkok adunan
  2. uli sehingga menjadi adunan tetapi adunan mee agak kering bukan macam buat doh karipap)
  3. ambil sedikit adunan dam masukkan ke dalam mesin pasta pada no1. Jika adunan berderai jangan bimbang kerana adunan akan bersatu setelah terus di putar.
  4. terus putar sehingga aduna menjadi kepingan yang rata dan halus... setelah mesin menjadi tekstur mee.. terus celur dalam air mendidih, angkat.. basuh dan gaul minyak masak..

♥ Resepi Keropok Lekor Perantau ♥




♥ Keropok Lekor Perantau ♥ sumber resepi dari minami133@myresipi hehehe dah ejas2 ikut keadaan

Bahan-bahan
* 350gm isi ikan. (ikan tamban)
* 200 gm tepung ubikayu (tapioca)
* 60 gm tepung gandum
* 2 sudu kecil garam
* sedikit gula

* ***utk sos:***
* 3 sudu besar cili blend
* sedikit gula melaka
* 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar cuka
* 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
* 2/3 cawan air

Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan garam. kemudian masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
5. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung gandum di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
6. Panaskan air di dalam periuk, masukkan garam (sikit jer). Kemudian masukkan keropok setelah air mendidih.
7. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
8. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
9. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos

♥ Naziem Muzammil @ Al-Ahli Hospital... April 2011♥










♥ Resepi Kek Chocolate Moist ♥

♥ Choc Moist ♥ resepi asal oleh kak yati :)

Bahan2 A ( digaul rata dalam periuk, panaskan dgn api perlahan sampai sebati)
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1 cawan susu ideal
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan2 B
3 biji telur
1 1/4 cawan tepung gandum + 1 sdk rata baking soda + 1 sdk baking powder (ayak sekali)
1 sdk esen vanilla

Cara2
Pukul Telur sampai betul2 kembang, setelah kembang masukkan bahan2 A, kacau sebati.. masukkan pula Bahan2 yang diayak.. dan last sekali masukkan tepung... Kacau sebati.. masukkan dalam acuan yang telah digris.. kukus 1 jam... (hehehe ikin steam bake 1 jam.. )

Toppingnya..
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
2 sdm minyak masak @ butter pun bleh...

Gaul sumer bahan sampai rata dalam periuk kecil.. panaskan atas api perlahan sampai sebati... kemudian sapukan atas kek yg dah sejuk.. hiaskan :)

♥ Resepi Kek Karamel ♥

♥ Caramel Cake ♥ hasil kajian terperinci dari step by step notes Kak Cha @ kak sasha rahmat..  TQ>> :))

(bahan puding)
(A)
* 2 sdt gula pasir
# hanguskan, masukkan dalam acuan & ratakan.. tak perlu digriskan acuan tu.. :)

(B)
* 1/2 sdt esen vanila
* 70gm gula castor
* 3 biji kuning telur
* 1/2 tin susu cair (evaporated milk)
# whisk sikit sampai sumer bahan rata..
# tuangkan ke dalam acuan yang ada gula hangus tadi

P/S>>> BAGI YG MENGGUNAKAN ACUAN YANG AGAK LEBAR, ADUNAN PUDING DI ATAS MESTILAH DI DOUBLE atau TRIPLE KAN.. BARU KICK...

(bahan kek)

(C)
* 3 biji kuning telur
* 70gm gula castor
* 45 ml cooking oil
* 155ml air
* 140gm tepung gandum + 1 sdt baking powder (ayak)
# Pukul kuning telur bersama gula castor, then masukkan minyak masak. kemudian masukkan tepung yang telah diayak bersama baking powder diselang selikan dengan air sehingga habis. Ketepikan.

(D)
* 6 biji putih telur
* 70 gm gula castor
* 1 sdt cream of tartar
# Pukul putih telur sehingga berbuih, kemudian masukkan pula gula castor, pukul sekejap dan masukkan pula cream of tartar. Pukul lagi sampai bertanduk ( tak meleleh telur tu).

## Masukkan adunan (C) ke dalam adunan (D), gaul rata dgn kaedah kaup balik.
## Bahagikan adunan kepada 4 bahagian (ikut suka) kalau nak buat 2 kaler pun dah cantik...
## Masukkan selapis demi selapis ke dalam acuan yang ada caramel tadi. (Macam buat kek marble). marrblekan sehingga selesai.

## Bakar dengan kaedah double boiling/ waterbath/ au bain - marie....
## Bakar selama 1 jam (350'F/ 180'C)
## Sejukkan seketika sebelum diterbalikkan

Sabtu, 11 Jun 2011

♥ Resepi Kari Ikan Merah ♥








♥ Kari Ikan Merah ♥

Bahan2
* 1 ekor ikan merah (dibersihkan dan digaul garam, gula n kunyit)

* 1/2 sdt halba campur
* 1 cm halia (diracik halus)
* 1/2 biji bawang besar (dimayang)
* 1 ulas bawang putih (dimayang)

* daun kari
* 1 biji tomato (potong 8)

* 2 sdm cili paste ( yang ni ikin blender lada kering siap2 ngan bawang merah n bawang putih)
* 3 sdm rempah kari baba
(Jadikan Paste (campur air skit & gaul rata).

* sedikit Air Limau nipis.. kat sini xde suh ikin bubuh air asam jawa jer

* 1 mangkuk santan.. agak2 jer, xmo pekat sangat.. :)
* bendi/ ikut suka nak banyak mana.. :)

Cara2
# panaskan minyak masak, tumiskan halba campur, halia, bawang merah serta bawang putih.
# setelah naik bau dan agak garing skit, masukkan pula daun kari dan tomato.
# setelah layu, masukkan rempah kari yang telah dicampurkan dgn paste cili.
# tumis sampai bahan2 tadi naik minyak.. kemudian masukkan ikan.
# gaul rata... masukkan sedikit air limau nipis.. apabila ikan telah agak sebati dengan rempah, bleh la masukkan santan. kemudian masukkan pula bendi. Tggu sehingga santan menggelegak dan bendi masak, sambil dikacau sekali sekala... setelah naik minyak bleh la tutup api. hidangkan.. :)