BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 17 Januari 2008

Labu Sira



Labu sira ni selalunya makan masa ada kenduri atau hari2 istemewa.. resepi dari ibu mertuaku :)
rasanya memang sedap, selalu gak buat ni... resepi ini turut dikongsi di website myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • *1/2 biji labu kuning (buang kulit & dipotong ikut bentuk)
  • *1 liter air
  • *1 sudu teh kapur
  • 1 biji gula melaka (hancurkan)
  • sedikit garam
  • 6 helai daun pandan
  • 1/2 cawan air

Cara-cara
  1. Satukan bahan bertanda * dan rendam selama 8 jam.
  2. Bersihkan labu yang telah direndam tadi, toskan.
  3. Di dalam periuk, aturkan daun pandan, taburkan gula melaka, letakkan labu yang telah dibersihkan tadi.
  4. Ulang proses di atas sehingga habis. Kemudian taburkan sedikit garam dan curahkan 1/2 cawan air tadi.
  5. Masak di atas api sederhana sehingga air agak2 kering sedikit.
  6. Selamat Mencuba..

0 comments: