BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Rabu, 20 Februari 2008

Renungan serta Iktibar

6 Perkara yang Allah Sembunyikan....

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail
AS dengan bentuk yang cantik,dan
Allah menciptakan pula baginya 600
sayap yang panjang , sayap itu antara
timur dan barat (ada pendapat lain
menyatakan (124, 000 sayap). Setelahitu
Jibrail AS memandang dirinya sendiri
dan berkata:
"Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?.
"Lalu Allah swt berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"
Kemudian Jibrail as berdiri serta
solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu
lamanya 20,000 tahun.
Setelah selesai Jibrail as solat, maka
Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah
aku dengan ibadah yang bersungguh-
sungguh, dan tidak ada seorang pun
yang menyembah kepadaku seperti ibadat
kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti
akan datang seorang nabi yang mulia
yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa,sekiranya
mereka itu mengerjakan solat dua
rakaat yang hanya sebentar sahaja,dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba
kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun
besar juga. Maka demi kemuliaannKu dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat
mereka itu aku lebih sukai dari solat
mu itu. Kerana mereka mengerjakan
solat atas perintahKu, sedangkan kamu
mengerjakan solat bukan atas
perintahKu."
Kemudian Jibrail as berkata: "Ya
Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat
mereka?"
Lalu Allah berfirman yang bermak!
sud. "Ya Jibrail, akan Akuberikan
syurga Ma'waa sebagai tempat
tinggal..."
Kemudian Jibrail AS meminta izin
kepada Allah untuk melihat syura
Ma'waa.
Setelah Jibrail AS mendapat izin dari
Allah SWT maka pergilah Jibrail AS
dengan mengembangkan sayapnya dan
terbang, setiap dia mengembangkan dua
ayapnya dia boleh menempuh jarak
perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat jibrail as selama 300 tahun
sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya dia turun singgah berteduh di
bawah bayangan sebuah pohon dan dia
sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud :
"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh
jarak perjalanan setengahnya,atau
sepertiganya, atau seperempatnya?"
Kemudian Allah SWT berfirman yang
bermaksud. "Wahai Jibrail,kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan
meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau
miliki, lalu kamu terbang seperti
yang telah kamu lakukan, nescaya kamu
tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari beberapa perpuluhan yang telah
kuberikan kepada umat Muhammad
terhadap imbalan solat dua rakaat yang
mereka kerjakan....."

Marilah sama2 kita fikirkan dan
berusaha lakukan...

Sesungguhnya Allah S.W.T telah
menyembunyikan enam perkara iaitu :
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
nama-Nya yang Maha Agung di dalamAl-
Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
solat yang paling utama di dalam
solat (yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan
(tarikh terjadinya) hari kiamat di
dalam semua hari.
Semoga kita mendapat berkat daripada
ilmu ini. Wallahualam

2 comments:

Dayang berkata...

salam dik,kak nak tau hadis ni dari sumber mana? bleh bg tak hadis apa tu? walaupun ayat nye cantik,tp kene ada perawi hadisnya sahih,.hehehe kita sama2 belajar yer.wassalamualaikom

Dayang berkata...

kak suka baca artikel kamu,tu kak slalu dah dtg cni.hehe