BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Januari 2008

Apam Pisang

First time buat apam pisang ni lepas raya hari tu, masa tu hb siap puji lagi.. lepas tu mmg selalu sangat ler buat apam pisang.. hiihihii suker sgt.. Thanks to kak jun yang atas resepi yang sudi dikongsikan bersama Bahan-bahan ( satu loyang kecik. )
  • 6-7 biji pisang emas- dilecek (guna garfu senang)
  • 4-5 sudu besar gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telur
  • 3/4 sudu kecil soda bikarbonat
  • tepung gandum secukupnya(ikut bancuhan macam buat cucur/jemput pisang)

Cara-cara

  1. Campur pisang yg sudah dilecek, gula, telur, soda bikarbonat dan tepung. Gaul sebati.
  2. Isikan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak.
  3. Kukus sampai permukaan kuih berwarna perang gelap lebih kurang 20-25min. sejukkan dan hidang.

0 comments: