BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Jumaat, 11 Januari 2008

Sosej Pedas

Satu lagi resepi Delila.. sedap juga, selalu kalo beli sosej goreng jer.. skg ni goreng pedas gak.. mmg berbaloi mencubanya... Thanks to Del... Bahan-bahan ( 2 org )
  • 5 batang sosej (potong 4)
  • 10 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar cili boh
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 4 biji bawang putih (tumbuk)
  • 5 biji cili api (belah 2)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak. Masukkan sosej dan goreng sebentar. Masukkan pula bawang putih dan tumis hingga naik bau.
  2. Masukkan cili boh dan kacau hingga sebati dan sedikit kering.Masukkan sos cili, sos tomato dan sos tira.Kacau sebentar.Masukkan pula cili padi serta garam dan gula secukup rasa.
  3. Kacau hingga sedikit kering dan masak.Siap utk hidangan dgn nasi atau roti.

0 comments: