BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 Januari 2008

Bahulu Rose

Bahulu rose ni nama sebenarnya bahulu pekak... resepi dari mak, mmg simple nak buatnya. rasanya pulak mmg tak mengecewakan..

Bahan-bahan ( acuan lubang, Saiz 20cm )
  • 4 biji telur
  • 1 1/4 cwn gula pasir
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula hingga kembang
  2. Masukkan esen rose
  3. Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  4. Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  5. Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  6. Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

0 comments: