BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 Januari 2008

Kek Batik Biskut Marie

Resipi ni dapat dari kak ina.. setiap kali nak buat kek batik mmg guna resipi ni. sebelum ni pernah try kek batik guna resepi lain, tak lembut.. mmg berbatik tapi liat.. grrrrrr....
thanks to kak ina_azhar yang ada kat nilai tu...

Bahan-bahan ( 10 orang makan )
  • 3 cawan air
  • 1 tin besar susu pekat
  • 1 sdt esen vanilla
  • 250 gram mentega
  • 450 gram biskut marie
  • 1 cawan milo
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 sdt Nescafe
  • 4 biji telur

Cara-cara

  1. Masak air sehingga mendidih, padamkan api.
  2. Masukkan susu, milo, serbuk koko dan Nescafe. Hidupkan api perlahan, kacau sebati. Padam api.
  3. Di dalam mangkuk lain, pukul telur satu persatu dan campurkan esen vanilla.
  4. Setelah bahan dalam kuali kurang panas, masukkan bancuhan telur dan mentega. Kacau sebati.
  5. Apabila bancuhan betul- betul pekat, masukkan biskut marie. Kacau rata dan padamkan api.
  6. Griskan acuan dengan sedikit mentega. Tuang adunan sambil menekan padat. Simpan di dalam peti sejuk sebelum di potong.

0 comments: