BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Khamis, 10 Januari 2008

Kek Gula Hangus

Satu lagi resipi fevret.. mmg selalu sangat buat kek ni. masa mula-mula belajar buat dulu tak berapa bersarang sangat, tapi sekarang ni memang tak risau dah sebab sarangnya boleh masuk lebah.. :)... thanks to widad n yummiez yang telah menyumbangkan resipi ngan cara2 sekali...

Bahan-bahan ( Acuan Lubang 20cm )
  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur sehingga putih ngan kuning bercampur.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam

0 comments: