BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Selasa, 9 Mac 2010

Kegunaan madu lebah, susu, betik, daun pandan wangi, dan garam...

Skg ni dah pukul 1.25am, mata pun dah mengantuk.. esok pagi2 nak kena bertugas.. anyway nak post tips2 berguna lagi untuk tatapan bersama...

MADU LEBAH....

Madu lebah mempunyai pelbagai khasiat. Apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi Muhammad S.A.W yang berbunyi:

“Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuninya rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.”

Rasulullah S.A.W sendiri mengamalkan meminum madu dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubat-ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang terhasil daripada musim bunga, seterusnya musim panas, dan yang kurang kualiti ialah madu yang dihasilkan ketika musim sejuk. Dari sudut kecantikan madu mempunyai kelebihan untuk melembutkan dan melembapkan setiap anggota tubuh badan. Madu juga mampu membuatkan kulit kelihatan sihat dan segar. Caranya hanya campurkan 1/4 mangkuk kecil dalam air mandian kamu. Selain itu, satu sudu the madu boleh dijadikan losyen apabila dicampurkan bersama 1/4 air perahan lemon dan minyak sayur. Kamu hanya perlu gosokkan pada tangan, siku, telapak kaki, atau bahagian tubuh yang kering. Biarkan 10minit, kemudian bilas dengan air bersih.

SUSU.....

Sejak zaman Romawi Kuno, susu sudah digunakan sebagai pembersih wajah dengan menggunakan sepotong roti sebagai span. Kandungan protein dan asid amino dalam susu dipercayai dapat membersih, menyejuk, menghalus serta merangsang pertumbuhan kulit. Susu juga berfungsi untuk membuang sel-sel kulit mati. Kamu hanya perlu menca,purkan dua hingga tiga gelas susu cair ke dalam air mandian. Berendamlah selama 15 minit dan gosok tubuh menggunakan span lembut. Tambahkan beberapa titis minyak almond untuk menambah kehalusan kulit.

BETIK....

Buah betik dipercayai dapat membuatkan kulit lebih cerah, lembab dan menghaluskan kulit kering. Untuk membuat ramuan sendiri, potong buah betik kepada beberapa bahagian, parut hingga lumat. Campurkan dengan tiga sudu garam atau gulauntuk membuat scrub betik yang dapat membersihkan kotoran pada pori-pori yang tersumbat.

DAUN PANDAN WANGI....

Manfaatkan daun pandan wangi untuk merawat rambut di rumah. Untuk menghitamkan rambut, rebus tujuh helai daun pandan dalam satu liter air sampai warnanya berubah menjadi hijau. Biarkan semalaman, kemudian pada keesokan paginya campurkan tiga biji buah mengkudu masak ke dalam air rebusan tersebut. Gunakan air campuran ini untuk mencuci rambut tiga kali seminggu.

GARAM....

Selain berfungsi sebagai penambah perisa majanan, garam juga boleh digunakan untuk menghindar dan membantu mengubati pelbagai jenis masalah kesihatan. Namun garam tersebut bukanlah garam biasa tetapi garam dalam bentuk asalnya iaitu garam semulajadi atau lebih dikenali sebagai garam bukit.

Sabda Rasulullah S. A. W.: “Sesiapa yang memulakan makan dengan secubit garam, Allah S. W. T. akan menghindarkan 330 jenis penyakit. Yang paling kurang ialah gila, kusta, sakit perut dan sakit gigi. Yang bakinya diketahui Allah sahaja”.

Garam yang disapu pada wajah akan membantu menghilangkan jeragat, parut dan jerawat. Ia juga membantu menanggalkan sel kulit mati, menghaluskan serta menggebukan kulit seta merangsang pembentukan kulit baru. Bagi kamu yang berendam dalam air hangat yang dicampur bersama garam akan membuatkan tubuh kamu terasa lebih segar dan rileks.

0 comments: