BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 28 Mac 2010

Apam Mekar















Salam..
lama btol x tayang hasil masakan kat dalam blog nih..
hehe skg ni hobi lama ni dah kembali m
ekar.. so, utk permulaan ikin letak resepi apam mekar... resepi dari blog Kak Azita Zain @ Rossitamz... apam2 kat sana mmg menggoda ler...

Apam Mekar

Bahan-bahan : ( Boleh dapat dalam 50 biji papercup kecik )
250 gm gula (kurangkan kalau tak nak manis sangat)
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanilla
200 ml susu segar
300 gm tepung gandum
1 sudu kecil ovallate
Pewarna (ikut suka)
Acuan kertas (paper cup) secukupnya

Cara-cara :
  1. Panaskan kukusan. Sebaik-baiknya, bungkus penutupnya untuk mengelakkan air dari jatuh ke atas bahan kukusan nanti.
  2. Pukul telur bersama gula hingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan esen vanilla dan pukul lagi.
  4. Masukkan ovallate dan pukul lagi.
  5. Masukkan tepung dan susu berselang-seli sambil dipukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian (ikut pewarna yang diinginkan, jika nak guna 3 warna then bahagikan kpd 3 bahagian).
  7. Masukkan pewarna dalam setiap bahagian dan kaup-balikkan hingga warna sekata.
  8. Masukkan setiap bahagian warna kedalam piping bag yang berasingan(atau plastik bersih dan potong sikit bucunya).
  9. Letakkan paper cup ke dalam acuan apam dan picitkan setiap bahagian warna ke dalam paper cup tersebut.
  10. Kukus selama 10 - 15 minit (bergantung kepada saiz paper cup).

Terima Kasih buat Kak Azita... banyak lagi resepi2 kat blog akak yang mengancam jiwa.. tak sabar nak buat.. :-)


0 comments: