BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Ahad, 12 Jun 2011

♥ Resepi Keropok Lekor Perantau ♥




♥ Keropok Lekor Perantau ♥ sumber resepi dari minami133@myresipi hehehe dah ejas2 ikut keadaan

Bahan-bahan
* 350gm isi ikan. (ikan tamban)
* 200 gm tepung ubikayu (tapioca)
* 60 gm tepung gandum
* 2 sudu kecil garam
* sedikit gula

* ***utk sos:***
* 3 sudu besar cili blend
* sedikit gula melaka
* 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
* 2 sudu besar gula
* 1/2 sudu kecil garam
* 2 sudu besar cuka
* 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
* 2/3 cawan air

Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Buang kulit ikan dgn mengoyakkan kulit dr kepala hingga ke ekor. Ambil isi ikan sahaja.
3. Potong isi ikan kecil2 supaya mudah utk di blend. Blend isi ikan hingga hancur
4. Selepas blend kesemua isi ikan, masukkan garam. kemudian masukkan tepung sedikit2 ke dlm bekas yg mengadungi ikan. Gaul sehingga ke semua tepung abis.
5. Ambil sedikit adunan keropok dan gentel di atas papan.Taburkan sedikit tepung gandum di atas papan supaya tak melekat pada papan. Ulang sampai habis.
6. Panaskan air di dalam periuk, masukkan garam (sikit jer). Kemudian masukkan keropok setelah air mendidih.
7. Angkat keropok setelah ia timbul pada permukaan.(bila timbul tandanya dah masak) keropok rebus boleh tahan lama kalo masuk peti ais.
8. Keropok yg belum direbus td boleh juga digoreng terus tanpa merebusnya terlebih dahulu(terengganu style). Sedap dimakan panas2..
9. utk sos: masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos

1 comments:

Unknown berkata...

pebret akak ni...sukeeeeenyeeeeeee..